Wednesday, November 18, 2015

Senarai Lagu Tema OST Drama Abang Sado Jemur Kain (TV3) | Drama Abang Sado Jemur Kain (TV3) 2015

9:11 AM 1 comments

Drama baru yang akan menghiasi slot Iris TV3 dengan drama berjudul 'Abang Sado Jemur Kain'. Menampilkan lakonan Shah Jaszle, Janna Nick, Lan Siro dan Cat Farish. Turut dibintangi abang-abang sado lain seperti Idris Khan, Ammar Alfian, dan Afzan Rahman. Drama arahan Nuad Othman ini dibawah produksi A Aida Production Sdn Bhd. Saksikan Abang Sado Jemur Kain ,pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang nanti hanya menerusi saluran 103 (TV3).

WATAK PELAKON
Shah Jaszle sebagai Marzuki
Janna Nick sebagai Elyana
Azlan Mokhtar (Lan Siro) sebagai Budin
Cat Farish sebagai Riduan
Kartina Aziz as Mariam
Kay Maria as Sabariah
Fiza Halim as Dr.Aini
Keena Mentor as Sally

OST Drama Abang Sado Jemur Kain (TV3) 2015

Sleeq ft Joe flizzow - Tepi sikit

Read More...


OST Akulah Balqis (Lagu Tema)

8:47 AM No Comments

Lagu berjudul 'Semua Tentang Kita' nyanyian Asfan Shah diangkat sebagai lagu tema untuk drama Akulah Balqis yang akan ditayangkan di slot Akasia TV3 tidak lama lagi. Info lanjut drama Akulah Balqus klik disini. Lagu tentang dua insan bercinta dan dalam pada masa yang sama mereka mempunyai komitmen dengan insan lain. Jom dengarkan dan hayati lagu ini.

LIRIK LAGU SEMUA TENTANG KITA - ASFAN SHAH

Ku biar saja waktu ini membalasnya
Erti rindu erti mencinta
Menutupi segala gelisah

Kau juga sama ada rasa tentang kita
Tapi hati enggan mendua
Biar sengsara hati kan merana

Ingin aku hapus segala
Tak bisa jua melawan cinta

Tuhan tolonglah aku mencintainya
Sungguh hatiku berbalah setelah cinta diuji
Runtun jiwaku tulus mencintaimu
Jujurlah pada hatimu
Oh Tuhan tetapkanlah semua tentang kita

Benci juga rindu senantiasa merasukku
Sulit untuk ku melafazkan
Diri tanpamu tiada berdahan

Tuhan tolonglah aku mencintainya
Sungguh hatiku berbalah setelah cinta diuji
Runtun jiwaku tulus mencintaimu
Jujurlah pada hatimu
Oh Tuhan tetapkanlah
Semua tentang kita
Semua tentang kita
Semua tentang kita

Read More...


Senarai Lagu Tema OST Drama Tersuka Tanpa Sengaja (Astro) | Drama Tersuka Tanpa Sengaja (Astro) 2015

8:33 AM No Comments

Drama terbaru adaptasi novel Tersuka Tanpa Sengaja nukilan Pena Kayu diangkat ke skrin TV oleh produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Dibintangi oleh Amar Baharin, Emma Maembong, Amyra Rosli, dan Hafreez Adam. Drama ini mendapat sentuhan pengarah berkaliber Keoi Haji Khalid. Nantikan drama romantik komedi ini yang bakal ditayangkan di Astro Ria pada bulan Disember nanti.

WATAK PELAKON

Amar Baharin sebagai Doktor Syed Arif
Emma Maembong sebagai Farhah
Amyra Rosli sebagai Katrina
Hafreez Adam sebagai Doktor Armand
Natasha Elyzza sebagai Azrina
Kuza sebagai Datin Khalida
Watie Sadali sebagai Kak Naila
Azri Iskandar sebagai Dato Alias
Ajeera Rosli sebagai Linda

**Senarai OST Drama Tersuka Tanpa Sengaja (Astro) 2015 akan di kemaskini

Read More...


Senarai Lagu Tema OST Drama Alif Imani (TV9) | Drama Alif Imani (TV9) 2015

8:18 AM No Comments


Suhan Movies & Trading Sdn Bhd akan membawakan drama bersiri terbaharu mengisi slot Ratu TV9 bertajuk Alif Imani. Dibintangi pelakon-pelakon mantap seperti Ummi Nazeera, Fezrul Khan, Amar Baharin, dan Fasha Sandha selaku teraju utama. Drama ini dibawah arahan Keoi Hj Khalid. Akan menemui penonton pada setiap hari Jumaat pukul 8.30 malam di TV9. Layari www.tonton.com untuk siaran ulangannya

WATAK PELAKON

Fezrul Khan sebagai Alif
Ummi Nazeera sebagai Imani
Fasha Sandha sebagai Mahsuri
Amar Baharin sebagai Rafiq
Shakilla Khoriri sebagai Nadia
Amanda Hariz sebagai Zurin
Raja Ema sebagai Dato Rohani
Aripah Damanhuri sebagai Saleha
Fazlina Ahmad Daud sebagai Faridah
Afique Hussain sebagai Razak
Faiez Affandi sebagai Faris

LAGU TEMA / OST ALIF IMANI

Lagu: Dahsyat
Kumpulan: Mojo



Read More...


Senarai Lagu Tema OST Drama Tuan Anas Mikael (Astro) | Drama Tuan Anas Mikael (Astro) 2015

8:14 AM No Comments


Drama terbaru adaptasi novel Tuan Anas Mikael nukilan Syammuriezmil. Sebuah drama penerbitan Pena Creative Pictures arahan Raja Ahmad Alauddin. Menampilkan sakali lagi gandingan mantap Aaron Aziz dan Zara Zya sebagai pelakon utama. Sebelum ini mereka pernah muncul bersama dalam bersiri online 'Dan Calonnya Adalah 2'. Pelakon lain yang turut membintangi drama ini dibarisi oleh Raja Ilya, Wan Sharmila, Shah Rezza,  Normah Damanhuri, dan ramai lagi. Saksikan drama Tuan Anas Mikael pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.

WATAK PELAKON

Aaron Aziz sebagai Tuan Anas Mikael
Zara Zya sebagai Ayu Maisarah
Raja Ilya sebagai Safra Ariana
Wan Sharmila sebagai Miss Mikayla / Kay
Shah Rezza sebagai Pak Guard Hamid
Fazlina Ahmad Daud sebagai Cik Su
Roy Azman sebagai Dato Azhar
Emmelia sebagai Melinna
Sarah Anne sebagai Liza
Jalaluddin Hassan sebagai Tun Akhiruddin
Normah Damanhuri sebagai Tun Aminah
Ziela Jalil sebagai Puan Sri Tengku Anansa
Daler Yusuf sebagai Mika Chanarong
Ruzana Ibrahim sebagai Miss Raisya Putri / Miss Ray
Dato Chef Wan sebagai Chef Izzat

LAGU TEMA / OST  TUAN ANAS MIKAEL

Lagu : Not For Sale
Penyanyi : Stacy

Read More...


Senarai Lagu Tema OST Drama Kau Aku Kita (TV3) | Drama Kau Aku Kita (TV3) 2015

8:09 AM No Comments

Drama rantaian terbaru adaptasi novel 'Kau, Aku, Kita’ karya Orkid Edyliyne. Diterajui gandingan baru lakonan Syarul Ridzwan bersama Janna Nick. Diarahkan oleh sutradara Azman Yahya dibawah syarikat produkti JS Pictures Sdn Bhd. Drama Kau, Aku, Kita bakal mula bersiaran pada setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam eksklusif di slot Lestary saluran TV3.

WATAK PELAKON

Syarul Ridzwan sebagai Aus
Janna Nick sebagai Iman
Isey Fazlisham sebagai Mus
Adeline Tsen sebagai Dr Aireenie

LAGU TEMA / OST KAU, AKU, KITA

Lagu : Kau Bagai Udara
Penyanyi: Bahrain



Read More...


Tuesday, November 17, 2015

Separuh Akhir Muzik Muzik 30 (2015)

9:00 AM 1 comments

Separuh Akhir Muzik Muzik 30 bakal menyaksikan 30 karya lagu berentap dalam tiga pusingan Separuh Akhir yang diadakan pada 22 November, 29 November dan 6 Desember ini sekaligus menentukan lagu mana yang layak ke Anugerah Juara Lagu 30 (AJL30). Nantikan persembahan mereka secara langsung di TV3.

SENARAI 30 LAGU SEPARUH AKHIR MUZIK MUZIK 30 (2015)

1. Kaka Azraff - Bukan Hal Aku (feat. Sleeq)
https://youtu.be/OrVyLlcU8Zs

2. Ayda Jebat - Siapa Diriku
https://youtu.be/wezKwu9FsWE

3. Lah Ahmad - Kau Tercipta
https://youtu.be/xOZ5NxZSmxc

4. Stacy - Not for sale
https://youtu.be/tFpN1JInn-k

5. Firman - Di Pintumu
https://youtu.be/trrGc27e6jg

6. Black - Mana Mungkin
https://youtu.be/x9QUFMvmaX0

7. Forteen - Linangan Terakhir
https://youtu.be/Ux5saof2xnQ

8.  Ronnie Hussein - DiKoyak Waktu
https://youtu.be/OHyn9cCfSoY

9. Aziz Harun - Senyum
https://youtu.be/rG_qgux-0Pc

10. Amir Jahari - Selalu Ada
Amir Jahari - Selalu Ada

11. Nanasheme - Hantu Atau Buaya
https://youtu.be/oA-igtX6Qm4

12. Faizal Tahir - Assalamualaikum
https://youtu.be/2X_oOzj3UeE

13. Tasha Manshahar - Terima Kasih
https://youtu.be/TRL5DgL20mY

14. Noh Salleh - Angin Kencang
https://youtu.be/NbKw5LwPH_s

15. Mawi, Hazama - Al Nuraa Yang 5 Yang 6 feat Daly Filsuf
https://youtu.be/wAU1gBx16ws

16. Hafiz dan Adira - Untuk Cinta
https://youtu.be/kU9a7701AlI

17. Yuna - Lautan
https://youtu.be/amcPYr3OG0A

18. Dayang Nurfaizah - Takkan Pernah Menyerah
https://youtu.be/R24lzCfvdX0

19. Aizat - Langit Tetap Biru
https://youtu.be/eDsLRWmAsj0

20. Akim & The Majistret - Potret
https://youtu.be/q54jClwBcrM

21. Alyah - Syurga
https://youtu.be/7ALnY9Dys84

22. Azmil - Nyawaku
https://youtu.be/N9QWhs7IRag

23. Bunkface - Malam Ini Kita Punya
https://youtu.be/mW7UgkD9xLU

24. Caliph Buskers - Hanya Namamu
https://youtu.be/2ZppRjhjJog

25. Drama Band - Biarkanlah
https://youtu.be/X2BGKp0YRBQ

26. Elizabeth Tan - Knock Knock
https://youtu.be/PdDWEz_mHms

27. Hazama - Sampai Mati
Hazama - Sampai Mati

28. Qanda - Cinta Yang Sempurna
https://youtu.be/C2RUCi0JslA

29. Sakura Band - Melepaskanmu
https://youtu.be/CsFPjgErUB4

30. Sofazr, Asfan, RJ - #Peristiwa
https://youtu.be/q2X2EyZH4fo

Read More...


Rokok, vape sama berbahaya, kata Tun M

8:13 AM No Comments

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rokok elektronik (e-rokok) atau vape juga sama berbahaya kerana kandungan nikotin yang tinggi dalam produk itu.

"Percayalah, rokok elektronik tidak baik dan sama seperti rokok. Rokok elektronik menghasilkan bau harum dan berperisa. Apabila anda menghisap rokok, anda hanya mendapat bau asap. Tetapi apabila anda menghisap rokok elektronik, anda memperoleh bau yang harum seperti strawberi dan mangga.

"Bau harum ialah cara melariskan produk rokok elektronik," katanya dalam ucaptama pada Persidangan Persekutuan Antarabangsa Pertubuhan Bukan Kerajaan Bagi Pencegahan Dadah dan Penyalahgunaan Bahan Larangan (IFNGO) ke-26 dan Bengkel NGO Asean IFNGO ke-22 di sini, semalam. ‎  

Justeru, Dr Mahathir, yang juga Penaung Yayasan IFNGO, menggesa masyarakat terutama ibu bapa memupuk nilai-nilai memerangi dadah dalam kalangan kanak-kanak dan golongan muda supaya mereka memahami bahawa dadah boleh memudaratkan kesihatan dan memusnahkan kehidupan mereka.   

Dr Mahathir berkata, pendekatan lebih berkesan perlu diguna pakai untuk memberitahu generasi muda bahawa dadah boleh digunakan sebagai ubat dan harus mengelak daripada menggunakannya lebih daripada itu.

"Ibu bapa harus memberitahu dadah akan memendekkan hidup mereka dan menyemai ajaran yang positif untuk membenci dadah. Jika mereka (generasi muda) dibesarkan dengan mematuhi nilai-nilai tersebut, mereka sendiri akan melawan godaan untuk menggunakan dadah.

"Jika kita semua percaya kepada sistem nilai, kita tidak akan melihat penagih dadah dalam masyarakat kita dan kita boleh membasmi dadah
selama-lamanya," kata beliau.

Di bawah pemerintahan British, Dr Mahathir berkata, hanya penarik beca dan buruh mengambil candu untuk mengurangkan keletihan dan senang tidur selepas sehari bekerja, tetapi sekarang, orang mengambil dadah kerana mereka ketagih dan mahu menukar sesuatu dalam kehidupan mereka.

"Ia lebih teruk sekarang kerana pengaruh dadah boleh menjerumuskan seseorang kepada jenayah seperti mencuri dan membunuh. Sebagai contoh, jika seorang budak lelaki tidak diberikan wang oleh ibu atau bapanya untuk membeli dadah, dia tidak akan teragak-agak untuk membunuh mereka.

"Untuk mendapatkan dadah, dia akan mencuri wang dan dalam proses mencuri, jika dia dihalang, dia akan menggunakan senjata untuk membunuh," kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir juga menggesa masyarakat antarabangsa supaya bekerjasama bagi melumpuhkan pengedaran dadah, kerana dadah ialah jenayah rentas sempadan dan mudah diperoleh di sempadan. - Bernama

Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger