Sunday, May 25, 2014

Debaran pentas akhir Piala Thomas 2014

2:20 PM No Comments

MALAYSIA akan menentang Jepun pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Piala Thomas 2014 di Stadium Tertutup Siri Fort di sini, hari ini.    

Perlawanan akan berlangsung pada 3 petang waktu tempatan (5.30 petang waktu Malaysia).
  
Berikut adalah senarai pemain bagi pasukan Malaysia dan Jepun.
  
MALAYSIA                                        JEPUN
   
Lee Chong Wei                                  Kenichi Tago
  
Tan Boon Heong/Hoon Thien How        Kenichi Hayakama/Hiroyuki Endo
  
Chong Wei Feng                                Kento Momota
      
Goh V Shem/Tan Wee Kiong               Keigo Sonoda/Takeshi Kamura
  
Daren Liew                                         Takuma Ueda


- Bernama

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Cadbury tarik balik dua produk positif DNA babi

2:16 PM No Comments

SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Syarikat pengeluar produk berasaskan coklat, Cadbury Dairy Milk hari ini menarik balik dua produknya yang didakwa mengandungi DNA babi serta-merta.

Antara produk terbabit ialah Hazelnut Cadbury Dairy Milk dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond.

Tindakan itu dibuat susulan daripada penemuan DNA babi (porcine) yang terdapat dalam produk Coklat Susu Cadbury dengan Kacang Hazelnut dan Coklat Susu Cadbury dengan Kacang Badam oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam satu kenyataan hari ini, Cadbury Confectionary Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan menarik semula produknya dari pasaran dengan serta-merta.

Menurut kenyataan itu, tiada coklat Cadbury dipengaruhi oleh ujian tersebut.

Dalam pada itu, pihaknya sedang menjalankan kajian penuh rantaian bekalan bagi memastikan semua standard kualiti terus dipenuhi.

"Kami memberi jaminan kepada pengguna kami bahawa coklat Cadbury yang dikeluarkan oleh Malaysia adalah disahkan halal oleh Jakim termasuk lokasi dan bahan mentah yang digunakan dalam pengeluaran produk tersebut.

"Kami menggunakan prosedur kualiti yang ketat untuk memastikan bahawa produk kami mematuhi standard tertinggi kualiti dan keselamatan kami," katanya.

Pendedahan itu dibuat KKM dan mengesahkan bahawa dua dari tiga sampel Coklat Cadbury yang diambil telah diuji dan didapati positif porcine.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my


Read More...


Tonton Online Piala Thomas Akhir 2014 : Malaysia VS Japan

1:16 PM No Comments

Read More...


Gambar mangsa dalam WeChat

1:07 PM No Comments

SERDANG - Suasana hiba menyelubungi tempat kejadian apabila ahli keluarga meratapi kematian seorang wanita yang maut dirempuh lori ketika melintas jalan untuk ke tempat kerja di sebuah pusat beli belah, di Jalan Balakong, Seri Kembangan, di sini, semalam.  

Wanita itu dikenali sebagai Suraidah Banjar, 26, seorang promoter kedai pakaian.

Suraidah, yang tinggal di Taman Harmoni Indah, Bukit Belimbing, Balakong, cedera parah dan maut di tempat kejadian.

Mayatnya dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Dalam kejadian jam 9.15 pagi itu, dua pejalan kaki lain cedera ketika melintas jalan.

Mereka dikenali sebagai Nur Shafira Hafiza Muhd Saufi, 18, dan Nik Nor Shahirah Zainun, 30, dan dihantar ke Hospital Serdang.

Salah seorang ahli keluarga Suraidah yang enggan dikenali berkata, dia mendapat tahu kejadian itu apabila dimaklumkan oleh rakannya menerusi aplikasi WeChat.

“Dia menghantar gambar tiga gadis yang terbaring di jalan raya dipercayai akibat dilanggar lari. Saya terkejut apabila dapati seorang daripada mereka adalah Suraidah.

Kami sekeluarga bergegas ke tempat kejadian,” katanya.

“Menurut keterangan saksi, sebuah lori dari arah Balakong merempuh kesemua mangsa, sebelum meninggalkan lokasi kejadian menuju ke arah Serdang,” katanya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang Superintendan Yong Soo Koon meminta saksi kejadian tampil untuk membantu siasatan.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Read More...


Senarai pemenang Anugerah Bintang Popular BH 2013 | www.abpbh.com.my

11:23 AM No Comments



Kategori Utama:

Bintang Paling Popular – Aaron Aziz

Artis Baru Lelaki Popular – Achey

Artis Baru Wanita Popular – Zara Zya

Artis Duo/Berkumpulan Popular – Stacy & Akim

Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz

Penyanyi Wanita Popular – Stacy

Pelakon TV Lelaki Popular –  Shah Iskandar

Pelakon TV Wanita Popular – Siti Saleha

Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz

Pelakon Filem Wanita Popular – Siti Saleha

Artis Komedi Lelaki Popular – Jep

Artis Komedi Wanita Popular – Jihan

Pengacara TV Lelaki Popular – Datuk AC Mizal

Pengacara TV Wanita Popular – Neelofa

Penyampai Radio Lelaki Popular – Johan (ERA)

Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana (HOT FM)

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato’ Rahim Razali


Kategori Online:

Artis Lelaki Stailo – Awal Ashaari

Artis Wanita Stailo – Yana Samsudin

Gandingan Serasi di Layar – Azlee Khairi & Zara Zya

Watak Jahat Dalam Drama/Filem Popular – Sofi Jikan

Artis Berpengaruh di Laman Sosial – Datuk Siti Nurhaliza

Chef Selebriti Paling Popular – Chef Wan

Aksi di Youtube Paling Popular – Mengajar Kanak-kanak Riang (Mat Luthfi)

Sumber : http://www.abpbh.com.my
Read More...


Online Tv Malaysia Radio Streaming-RTM, RTM 1, HBO, TV3, ERA FM, HOT FM, HITZ FM, SINAR FM, ESPN

9:53 AM No Comments


Assalamualaikum, let's watch online TV at  http://www.um.com.my

Read More...


www.tonton.com.my | TV3 Stesyen TV Portal Pertama | Tonton TV3

9:46 AM No Comments

Assalamualaikum semua, kepada yang terlepas semua rancangan di TV3 Boleh tonton semula di Tonton TV3. Selamat Menonton ! 


Sumber : www.tonton.com.my 
Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger