Sunday, September 25, 2016

Tips Dan Petua Menghadapi Peperiksaan 2016 | Tips Peperiksaan 2016 | UPSR | PT3 | SPM | STPM

11:41 AM No Comments

Assalamualaikum adik-adik semua , memandangkan sekarang merupakan musim peperiksaan abang ingin kongsikan beberapa tips yang abang ambil dari blog Cahaya Purnama. Jom intai ! 

Moga dipermudahkan oleh ALLAH. Bittaufiq wannajah biiznillah..

Datanglah dengan bersedia dan lebih awal
Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.

Tenang dan percayakan diri sendiri
Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.

Bersantailah tapi berhati-hati
Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.

Preview soalan-soalan terlebih dahulu
Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar.. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.

Jawab soalan secara strategik
Mulakan dengan menjawab soalan mudah yang anda ketahui, kemudian dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi. Soalan terakhir yang harus anda jawab adalah:soalan paling sukar,yang memerlukan masa yang panjang untuk menulis jawapannya,
mempunyai markah sedikit .

Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih
Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.

Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis
Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.

Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya
Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.

Bahagikan 10% waktu anda untuk memeriksan jawapan
Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.

Analisa jawapan anda
Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

Berdoa dan bertawakkal kepada ALLAH S.W.T

Semoga bermanfaat kepada semua ! 

Read More...


Tuesday, April 26, 2016

Senarai Lagu Tema OST Drama Demi Cinta Ain (TV3) | Drama Demi Cinta Ain (TV3) 2016

8:28 AM No Comments

Zamriez Golden Pictures membawakan drama terbaharu untuk slot Samarinda berjudul 'Demi Cinta Ain'. Dibintangi pelakon-pelakon terkenal seperti Risteena Munim, Aiman Hakim, Zahirah Macwilson, Nazrief Nazri dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin. Bersiaran  setiap hari Isnin hingga Rabu, pukul 10.00 malam di TV3.

LAGU TEMA / OST DEMI CINTA AIN
Tajuk : Dikoyak Waktu
Penyanyi : Ronnie Hussein

Read More...


Senarai Lagu Tema OST Drama Sekali Aku Jatuh Cinta (TV3) | Drama Sekali Aku Jatuh Cinta (TV3) 2016

8:23 AM No Comments

Drama terbaru Sekali Aku Jatuh Cinta yang dilakonkan oleh Syafiq Kyle, Mimi Lana, Faye Kusairi dan ramai lagi. Drama arahan Pali Yahya itu akan disiarkan menerusi slot Iris TV3 menggantikan Drama Ahli mesyuarat Tingkap. 

*Senarai OST akan di kemaskini


Read More...


Keajaiban dunia ke-8 ditemui?

8:14 AM No Comments

SEORANG pemburu emas Nazi, mendakwa bahawa dia telah menemui harta karun peninggalan Nazi pada era Perang Dunia Kedua yang dianggarkan bernilai  £350 juta.

Kurator Muzium, Bartlomiej Plebanczyk percaya, dia telah menemui bilik bawah tanah yang sebelum ini tidak diketahui orang, selepas dia menggeledah kompleks terowong Nazi dan kubunya.

Harta karun yang dikenali sebagai bilik 'Amber' itu berusia 300 tahun yang terletak di Catherine Palace, berhampiran St. Petersburg, hilang lebih daripada 70 tahun yang lalu dengan beberapa saksi mendakwa mereka pernah melihat  'harta'  itu sedang dimuatkan ke dalam kapal Jerman.

Sementara itu, Plebanczyk mendakwa penemuannya  itu adalah harta karun yang pernah disebut-sebut sebagai Keajaiban Dunia ke-8.

Dalam pada itu, memetik media tempatan Plebanczyk kini sedang memohon keizinan  untuk menggali lebih ke dalam  ruang bilik bawah tanah itu, agar membolehkannya  memasukkan kamera video untuk meninjau keadaannya.

"Saya akan cuba menggunakan radar, bagi membolehkan saya menyelongkar lebih lagi.

"Saya perlu menggerudi bilik bawah tanah itu dan akan cuba menurunkan video di sana.

"Bagaimanapun, saya perlu menunggu persetujuan pegawai pemuliharaan sejarah tempatan," katanya dipetik Express.co.uk

Read More...


Monday, April 25, 2016

Rekaan baju raya tanpa baju, ini jawapan pereka

8:31 AM No Comments

SHAH ALAM - Pereka fesyen, Anuar Faizal hari ini tampil menjelaskan tentang kontroversi rekaan baju rayanya yang teruk dikritik netizen di media sosial.

Menurut Anuar, tujuan peraga pakaian tersebut tidak memakai berbaju dan hanya memakai samping atau berseluar adalah bagi menunjukkan kepada penonton rekaan kedua-duanya itu dengan lebih jelas.

Menurut Anuar, samping berwarna mustard yang dikritik orang ramai itu akan dijual satu set bersama baju dan seluar, bukannya hanya bersamping di pagi raya.

"Tujuan model tidak berbaju adalah untuk menunjukkan rekaan 'instant sampin' supaya pembeli di luar sana dapat mengetahui bagaimana samping ini berfungsi.

"Gambar (hanya) berseluar adalah untuk menunjukkan rekaan seluar kami yg 'slimfit', lengkap bersama dua poket di kiri dan kanan serta menggunakan getah di belakang agar memudahkan pergerakan sewaktu solat.

"Ini adalah kerana bila dipakaikan dalam set lengkap, ramai pembeli beranggapan seluar kami tidak fleksibel untuk solat di pagi Aidilfitri," katanya kepada Sinar Online.

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengkritik majlis 'An EIDvening with ANUARFAIZAL: Unveiling the Eid Collection for Men' yang berlangsung malam tadi apabila ada peraga pakaian tersebut hanya berseluar atau bersampin.
  
Mengulas lanjut, beliau akui menghargai segala respons yang diberikan netizen terhadap rekaannya itu.

"Saya bersyukur ramai netizen di luar sana yang matang dan dapat menilai perkara ini dari sudut yang positif.

"Untuk berdaya saing maju di peringkat global, saya rasa pemikiran di tahap lama perlu diubah dan  dinaiktarafkan agar pereka tempatan dapat menempa tempat di persada antarabangsa," katanya

Read More...


Sunday, April 24, 2016

Happy birthday to me !

12:17 PM No Comments

Happy birthday to me ! Terima kasih kak ida and milia for this cake. Setiap tahun kak aku yang akan bagi kek. Kawan-kawan memang tak bagi pon haha.. Hadiah ? tak dapat pon. Alhamdulillah masih di beri nafas oleh allah s.w.t.. semoga setiasa berada di bawah lidungan Allah s.w.t. Amin..
Read More...


Al-Fateh Steamboat & Grill, Kg Jawa, Klang

12:07 PM No Comments

Assallamualaikum , kami pergi steamboat Alfateh yang terletak di Kg. Jawa, Klang.. Berbaloi sangat harga untuk dewasa hanya RM 21.90! makan sampai kenyang.. Sup & tomyam terbaik. Grill dia pula mengancam.. Tak rugi kalau pergi ! Jom serang al-fateh steamboat ni ! 
Read More...


Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger